makasih udah nyasar kemari. mohon ma'af jika banyak kesalahan, info jadul, repost dan tutur yang gak nyambung di blog sederhana ini. tar kembali lagi ya, kunjungi juga : http://variety-indonesia.blogspot.com dan kalo suka yang extrem kunjungi juga : http:/ /extrems75.blogspot.com

Sabtu, 14 Mei 2011

P. Ramlee (1929-1973)

Tan Sri P. Ramlee PSM, AMN (22 Mac 1929-29 Mei 1973) adalah seorang 'lagenda' dalam industri filem Malaysia. Beliau merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah dan pencipta lagu yang serba boleh. Kerana sumbangan besar beliau dalam industri filem, muzik dan sastera tanahair, P.Ramlee sering dikaitkan sebagai ikon hiburan Melayu di Malaysia dan Singapura.

P.Ramlee atau nama sebenar beliau, Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh adalah anak kepada Teuku Nyak Puteh bin Teuku Karim dan Che Mah Hussein. Beliau lahir di rumah neneknya yang sekarang dijadikan sebagai Muzium P.Ramlee di Counter Hall (sekarang diganti namanya menjadi Jalan P.Ramlee), Penang, Malaysia .

Ayahnya Teuku Nyak Puteh adalah seorang pelaut dari Lhokseumawe di wilayah Aceh, Indonesia. Beliau pernah belajar di beberapa buah sekolah, termasuk Penang Free School yang terkenal. Semasa di sekolah, ia sangat aktif dalam sukan, terutama sepak takraw, badminton dan bola sepak.

P.Ramlee telah berkahwin sebanyak tiga kali. Jodoh beliau yang terakhir pada tahun 1961 adalah seorang penyanyi yang bernama Salmah Ismail atau lebih dikenali sebagai Saloma.

Kerjaya P.Ramlee ~ P.Ramlee's Career



'Bulan jatuh ke riba' bagi P.Ramlee pada tarikh 1 Jun 1948 apabila ditemui oleh pengarah filem Tamil, B.S.Rajhans. Pengarah tersebut tertarik pada bakat PRamlee dan pada tahun 1949 ia telah direlitikan melalui filem Nasib (Fate). Tujuh tahun kemudian, P Ramlee mengarahkan filem pertamanya Penarik Becha (The Trishaw Man). Pada tahun 1957, P.Ramlee mengarahkan filem komedi pertamanya, Bujang Lapok (Dowdy Bachelors) dan beliau berlakon bersama S.Shamsuddin dan Aziz Sattar, yang masih popular di kalangan peminat masakini.

Sepanjang kerjayanya, P.Ramlee telah mengarah dan berlakon dalam 66 buah filem
dan telah menghasilkan lebih daripada 360 buah lagu.
Anugerah Diterima ~ Awards

Best Musical Score for Hang Tuah
Third Asian Film Festival, Hong Kong (1956)

Best Male Actor for Anakku Sazali (My son, Sazali)
Fourth Asian Film Festival, Tokyo (1957)

Best Comedy Film for Nujum Pak Belalang (The Fortune Teller)
Seventh Asian Film Festival, Tokyo (1960)

Most Versatile Talent for Ibu Mertua Ku (My Mother In law)
Tenth Asian Film Festival, Tokyo (1963)

Best Comedy Film for Madu Tiga (Three Wives)
Eleventh Asian Film Festival, Taipei (1964)

Filem terakhirnya P.Ramlee adalah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan
lagu terakhir beliau adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada 1973.

His final film was Laksamana Do Re Mi on 1972.
Last songs and lyrics was Ayer Mata Di Kuala Lumpur on 1973 before his death.



Pada tarikh 29 Mei 1973 P. Ramlee meninggal dunia pada usia 44 kerana masalah jantung dan dikebumikan di Perkuburan Muslim Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1986, untuk menghormati sumbangan kepada industri hiburan Malaysia, P.Ramlee Memorial ditubuhkan pada Setapak, Kuala Lumpur. Pada tahun 1982, Jalan Parry di pusat bandar KL telah berganti nama menjadi Jalan P.Ramlee sebagai penghormatan kepada beliau. Allahyarham juga dianugerahkan dengan pangkat Tan Sri Malaysia di awal 1990-an.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar